Program Qurban 1444H

[Admin]
25 Syawal 1444H
16 Mei 2023M

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga tuan/puan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kemanisan iman dan Islam.

In shaa Allah, pihak Masjid al-Falah USJ 9 akan menganjurkan program Qurban 1444H/2023M yang akan diadakan pada 12 Zulhijjah 1444H bersamaan dengan 01 Julai 2023M. Sebagai makluman, program di Masjid hanya untuk agihan daging kepada peserta dan awam sahaja. Proses sembelihan dan lapah dibuat di rumah sembelihan yang dilantik oleh pihak Masjid.

Satu bahagian lembu RM800 dan seekor lembu RM5,600.
Seekor kambing RM1,100.
Jumlah haiwan qurban adalah terhad. Penyertaan bergantung kepada jumlah yang disediakan kepada pihak masjid sahaja. Tarikh tutup penyertaan pada 01 Zulhijjah 1444H.

Sehubungan dengan itu, untuk mereka yang berminat menyertai ibadah Qurban/Aqiqah lembu dan kambing di Masjid al-Falah, kami sediakan dua platform untuk penyertaan.

  1. Borang Fizikal di pejabat Masjid. Mengikut waktu pejabat pentadbiran beroperasi.
  2. Borang penyertaan secara atas talian di bawah. Untuk bayaran, boleh secara tunai di pejabat masjid atau secara pindahan bank (bank transfer) / Mesin deposit tunai (Cash Deposit Machine – CDM) ke akaun Operasi Masjid:
    Masjid al-Falah USJ 9
    Bank Islam Malaysia Berhad – BIMB
    1206 5010 009 005

    Ref: Qurban 1444H (nama peserta – Wajib)
    Resit transaksi hendaklah diemailkan kepada admin@masjidalfalah.com untuk rujukan pihak masjid. (Wajib)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.